10 permainan video third-person anda perlu cuba untuk tahun ini – Bahagian 1

Tahun ini menjadi antara tahun yang hebat untuk permainan video third-person dan banyak juga judul yang akan datang ataupun sudah keluar.

1. Scarlet Nexus

Scarlet Nexus yang mempunyai genre Souls-like tetapi dengan beberapa mekanik superpower yang lain dari yang lain.

Sistem berlawan di dalam permainan ini pasti menyeronokkan untuk anda cuba.

2. Knockout City

Knockout City adalah permainan video dodgeball yang kompetitif, memerlukan anda untuk berlawan dodgeball di banyak peta-peta yang membuatkan anda tidak senang duduk.

Sokongan crossplay juga ada untuk Knockout City.

3. Solar Ash

Solar Ash yang akan keluar pada 24 Oktober ini menunjukkan satu permainan dengan mekanik baru dan juga membawa skala yang lebih menarik untuk permainan third-person.

Permainan ini juga mempunyai gaya artwork yang lain dari yang lain.

4. Ghost of Tsushima Director’s Cut

Versi baru Ghost of Tsushima Director’s Cut kini dengan beberapa penceritaan tambahan.

Ghost of Tsushima di PS5 malah lebih baik dan lebih banyak kandungan baharu.

5. Samurai Warriors 5

Siri Warriors kini kembali dengan penambahbaikan yang terbaik.

Samurai Warriors 5 kali ini juga membawakan permainan yang menyeronokkan dan lebih baik dari yang sebelumnya untuk genre Musou seperti ini.

6. Monster Hunter Rise

Monster Hunter pasti menarik minat anda.

Boleh dikatakan versi Monster Hunter baharu yang menambah cabaran dalam permainan.

Monster Hunter Rise juga akan hadir nanti tahun hadapan untuk versi PC.

7. Nier Replicant

Nier Replicant adalah remaster dan remade dari versi asal Nier.

Sistem berlawan dari Nier Automata juga hadir untuk versi ini.

Pasti menarik jika anda mahu mencuba permainan baru yang pantas dan penuh dengan aksi.

8. Returnal

Returnal adalah permainan dengan estetik Alien.

Ia adalah permainan third-person rougelike yang sudah pasti terkenal dengan tahap kesukaran.

Anda pasti akan mati banyak kali untuk permainan ini kerana Returnal bukanlah permainan yang mudah.

9. Kena: Bridge of Spirits

Kena: Bridge of Spirits akan dilancarkan pada 21 September ini.

Dengan inspirasi konsep daripad Legends of Zelda, anda boleh menggunakan Kena dan beberapa spirits kecil untuk membantu anda berlawan dengan musuh.

10. It Takes Two

Sesuai untuk bermain dengan rakan ataupun orang tersayang.

It Takes Two adalah co-op platformer diantara dua ibubapa yang perlu mencari jalan untuk menjadi besar semula apabila mereka disumpah menjadi kecil.

Setakat ini sahaja 10 permainan video third-person anda perlu cuba untuk tahun 2021.

Apa lagi permainan video third-person yang dinantikan oleh anda?

RELATED NEWS

+