3 Sebab Kenapa Korang Kena Datang Ke #mydigitalmaker Fair 2018!

Kajian mengatakan hampir 90% dari pekerjaan masa depan memerlukan tenaga kerja yang cekap dalam skil teknologi digital. Justeru, generasi muda harus membekalkan diri dengan ilmu teknologi digital yang boleh digunakan untuk memajukan negara kini dan masa depan.

#mydigitalmaker Fair 2018 kembali untuk kali kedua sudah pun berlangsung dari sekarang sehingga ke 30 September 2018 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pada hari pertama, suasana di sekitar #mydigitalmaker Fair 2018 sangat menggalakkan terutamanya dari penyertaan ibu bapa dan guru-guru dalam matlamat untuk mendidik golongan belia tentang kepentingan dan kesedaran industri teknologi digital dalam segala aspek sama ada dalam programming, coding, robotics, 3D printing, game development, esports dan sebagainya.

Ini adalah tiga sebab kenapa korang kena datang merasai kebangkitan industri teknologi digital dalam kalangan anak muda di #mydigitalmaker Fair 2018:

Melihat dan berinteraksi dengan hasil projek digital dari pelajar-pelajar sekolah

YB Steven Sim mencuba salah satu game dicipta oleh pelajar-pelajar sekolah seawal umur 14 tahun dan mencecah ke umur 17 tahun. Kredit: FB mydigitalmaker

Seluruh Axiata Arena dipenuhi dengan pelbagai acara yang mana pengunjung boleh lihat hasil-hasil kerja digital dari golongan belia sekitar umur 8 tahun sehingga menganjak ke umur 17 tahun.

Program Level Up @ Schools membawakan lebih daripada 10 sekolah menyerlahkan bakat game development melalui game ciptaan mereka tersendiri. Korang boleh bermain pelbagai game dari tema lain daripada yang lain di booth ini dan memberi sedikit maklumbalas untuk menambah baik projek game mereka. 

YB Steven Sim meluangkan masa untuk melihat hasil pembangunan aplikasi di telefon pintar yang menyentuh isu alam sekitar Malaysia. Kredit: FB mydigitalmaker

Selain itu, korang boleh melihat pembentangan teknologi digital boleh menolong dari pelbagai aspek kehidupan kita termasuk penjagaan alam sekitar dan keselamatan jalan raya melalui projek-projek pembangunan app di telefon pintar, rekaan robotik, aplikasi virtual reality (VR) dan macam-macam lagi.

Mendalami ilmu teknologi digital bersama pakar-pakar teknologi IT dan digital

Golongan belia tekun mendengar intipati pakar-pakar teknologi digital. Kredit: FB mydigitalmaker

#mydigitalmaker Fair 2018 menghimpunkan organisasi-organisasi besar yang percaya akan betapa pentingnya kerjaya teknologi digital di masa hadapan seperti Microsoft, Google, Shell, Oracle Academy, Sime Darby dan ramai lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk menceburkan diri dalam bidang teknologi digital, golongan belia boleh berinteraksi dan bertanyakan nasihat tentang pengalaman mereka sebagai pakar teknologi digital.

Ikuti panel ceramah kerjaya industri teknologi digital

Siapa suka game? Siapa suka esports? Siapa nak jadi pakar IT & digital? Ikuti panel membincangkan isu-isu penting industri teknologi digital sepanjang dua hari. Kredit: FB mydigitalmaker

Sepanjang dua hari ini, #mydigitalmaker Fair 2018 sarat dengan panel-panel yang menjemput nama-nama besar untuk mendedahkan golongan belia, ibu bapa dan guru-guru tentang potensi besar industri teknologi digital.

Antara panel menarik untuk Ahad ini adalah kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo, CEO Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh, CTO Favoriot, Dr. Gopinath Rao dan pengasas Arus Education, Alina Amir akan hadir bagi membincangkan isu-isu penting dalam industri teknologi digital seperti bersiap siaga untuk menghasilkan kerjaya dalam teknologi digital.

Selain panel-panel mengupas isu-isu penting kerjaya industri teknologi digital, pentas #mydigitalmaker Fair 2018 turut diserikan dengan persembahan robotik dan selebriti tempatan seperti Altimet dan Ismail Izzani.

Belajar sambil berhibur.

MyGameOn juga menyertai kemeriahan #mydigitalmaker Fair 2018 dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk korang semua seperti mencincang not muzik dalam game VR berjudul Beat Saber, bermain game mobile ciptaan anak Malaysia, merasai pengalaman sebagai streamer dan peluang beramah mesra bersama streamer dan personaliti gaming terkenal!

Nak tahu personaliti gaming tempatan terkenal bakal singgah ke booth kami hari Ahad ini? Klik di sini!

Era industri teknologi digital bermula dari sekarang. Jom pakat-pakat ke pesta meraihkan segalanya teknologi digital di #mydigitalmaker Fair 2018! Kemasukan adalah PERCUMA!

RELATED NEWS

+