4 pasukan ini mara ke separuh akhir Champions 2021

VALORANT Champions 2021 sudah hampir ke penghujungnya dengan menyaksikan empat pasukan layak ke pusingan separuh akhir.

Pada hari pertama, menyaksikan pasukan Acend berjaya menewaskan pasukan Team Secret dengan 2-0 dan diikuti pasukan Team Liquid berjaya menumpaskan harapan terakhir Amerika Utara, Cloud9 dengan 2-0

Hari kedua pusingan suku akhir, Gambit berjaya menundukkan kemaraan wakil terakhir Asia Tenggara, X10 Esports dengan keputusan 2-1.

Malah, siapa menyangka, Fnatic terpaksa akur dengan kekuatan KRU Esports selepas tewas 2-1 dengan wakil Amerika Latin itu.

Ahad ini, 12 Disember, pada pukul 1.00 pagi, pasukan Acend akan bertemu Team Liquid.

Manakala KRU Esports pula akan menentang Gambit pada pukul 4.00 pagi waktu Malaysia.

Pusingan akhir pula dijadualkan akan disiar secara langsung pada Isnin, 13 Disember ini pada pukul 1,00 pagi waktu Malaysia.

Saksikan siaran langsung kejohanan VALORANT Champions 2021 di saluran rasmi VALORANT di Trovo, YouTube dan Twitch

RELATED NEWS

+