Sesiapa yang bermain permainan video pasti pernah mengamuk atau marah samada kepada diri sendiri atau orang lain. Tapi sudah tentu marah kepada orang lain adalah lebih banyak.
Tapi kenapa pemain permainan video selalu marah? Adakah permainan video itu terlalu susah untuk anda?
Kita sebagai gamer tak pernah terlepas dengan amarah ketika bermain terutama sekali di Malaysia apabila ramai bermain Mobile Legends, Dota 2 dan PUBG. Mesti ada antara yang anda pernah nampak orang bergaduh di kedai mamak kerana main game.
Ini lima cara mengatasi untuk tidak selalu marah:
1. Berehat
Rehat. Selalunya kemarahan datang apabila anda gagal berulang-ulang kali membuat benda yang sama. Sebagai contoh anda kalah sebanyak 10 kali berturut-turut. Anda akan mula memberi alasan, anda akan mula menyalahkan orang lain.
Hal yang paling seronok apabila anda berehat dari bermain permainan video adalah ruang untuk relaks dan berfikir sejenak.
2. Kurangkan difficulty
Setiap orang mempunyai keupayaan bermain permainan video yang berbeza. Sudah semestinya ada orang yang akan lebih handal dari anda. Kalau tahap kesusahan itu nyata menyusahkan, cuba kurangkan tahap itu ke tahap yang lebih senang. Tidak perlu berasa malu kerana anda kurangkan tahap. Kalau lebih senang kenapa perlu marah lagi?
3. Ingatkan diri anda
Jangan lupa periksa ketagihan diri anda. Ketagih dengan permainan video kini telah menjadi perhatian. Sekiranya bermain permainan video sudah mula mempengaruhi kehidupan sebenar anda, anda kini mengalami ketagihan permainan video. Jika permainan video adalah lebih penting daripada bersosial dengan orang-orang di dunia nyata, anda perlu ingatkan diri anda semula.
4. Cari permainan kasual yang tidak membuat anda marah
Kalau pemainan video kompetitif selalu buat anda marah,tukarlah ke permainan video yang lebih kasual. Permainan video kasual selalu akan relakskan dan buat anda rasa tenang dan kurang berasa marah. Mungkin artikel ini dapat membantu juga.
5. Sekat atau tinggalkan pemain lain yang membuat anda marah
Butang sekat dibuat untuk satu sebab. Menyekat semua pemain toksik dari menjumpai anda. Mungkin anda juga salah seorang pemain toksik tersebut. Orang-orang terdekat juga akan menjadi faktor utama dalam membuat anda marah. Benda yang lebih baik adalah sekat atau tinggalkan pemain lain yang membuat anda marah.
Permainan video sepatutnya menyeronokan bukan membawa amarah. Apa yang paling penting ialah elakkan stress semasa bermain. Ingat kenapa kita bermain permainan video pada asalnya. Untuk marah atau untuk seronok?