5 hero dengan ‘suppressed’ terbaik dalam Mobile Legends

Sudah semestinya Franco menjadi hero yang paling dikenali dengan kuasa hook.

Tetapi banyak lagi sebenarnya hero-hero lain yang mempunyai kuasa menarik pihak lawan dan menghentikan pergerakan mereka.

Dari asyik menggunakan Franco sahaja apa kata anda lihat hero-hero lain yang juga boleh menggunakan kuasa suppressed dan memberi impak yang besar untuk pasukan anda.

1. Franco

Franco boleh dikatakan hero paling terkenal dalam MLBB yang mempunyai kuasa hook.

Dengan permainan sebagai roamer atau tank, Franco mempunyai kelebihan crowd control (CC) yang boleh membuat anda terkeluar dari posisi anda.

Ultimate Franco selepas Hook juga menjadi kombo terbaik untuk terus membunuh musuh.

2. Minsitthar

Minsitthar mempunyai skill bernama Spear of Glory.

Seakan-akan hook Franco, kuasa ini boleh menarik musuh ke arah anda dan gunakan kombo dengan kuasa kedua yang memberikan efek pegun.

Ultinya pula berkesan counter hero seperti Harith ataupun hero dengan keupayaan dash.

3. Kaja

Kaja adalah hero yang mampu membunuh musuh dengan membantu rakannya.

Ultimatenya Divine Judgement boleh mengacau medan pertarungan untuk pihak musuh apabila salah satu ahli pasukan mereka ditangkap Kaja.

Walaupun sedikit berisiko, tetapi jika Kaja berjaya menangkap anda maka peluang untuk hidup adalah tipis.

4. Ruby

Ruby adalah hero yang mempunyai abiliti untuk mengacau pihak lawan.

Kuasa Ultimate I’m Offended! walaupun tidak sepanjang hook Franco, tetapi masih mampu menarik musuh lebih dekat.

Ruby juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk Franco menarik lebih ramai hero sekaligus.

5. Atlas

Hero yang boleh dikatakan mempunyai suppression yang lebih baik dari Franco.

Dari hanya hook seorang Atlas boleh menarik kesemua musuh serentak dan boleh menarik sehingga lima hero.

Ultimate Atlas Fatal Links boleh mengubah situasi perlawanan jika digunakan dengan baik.

Apa lagi hero-hero yang anda rasa mempunyai suppression terbaik dalam Mobile Legends?

RELATED NEWS

+