5 perkara menjengkelkan semasa bermain permainan video

Bermain permainan video sepatutnya menjadi satu aktiviti yang sentiasa menghiburkan namun adakalanya banyak hal yang terjadi ketika sesi permainan video membuatkan kita rasa menjengkelkan pun ada. Ini antaranya:

1. Hitbox tidak masuk akal

Pernah tak bila anda main permainan video sesuatu serangan musuh sepatutnya tidak kena tetapi karakter anda tetap diserang dan nyawa anda masih menurun?

Malah ada yang terus membuat karakter anda mati. Ya, hitbox yang tidak masuk akal ini memang menyakitkan hati.

Terutama sekali apabila anda bersusah payah untuk lari dari serangan musuh tetapi masih terkena dengan serangan yang pelik-pelik.

2. Loading skrin selamanya

Mungkin masalah ini sudah berkurangan dengan datangnya SSD di dalam hidup kita.

Tetapi loading skrin boleh membuatkan anda marah terutama sekali apabila ia mengambil masa terlalu lama, kadang-kadang sampai skrin jadi freeze!

Ada juga pembangun permainan video yang cuba menyembunyikan loading skrin semata-mata untuk mengurangkan amarah pemain.

Seperti Mass Effect, pembina Mass Effect menggunakan lif sebagai loading skrin. Jika loading anda adalah lambat anda akan tersekat di dalam lif itu untuk masa yang agak lama.

3. Lag

Lag selalunya membuatkan anda tidak boleh bermain sesuatu permainan video itu akibat tersekat-sekat.

Internet anda mungkin menjadi penyebabnya. Tetapi server permainan video yang anda main juga boleh jadi penyebab.

Lag akan sentiasa menjadi benda yang akan membuat anda marah tidak kira salah internet anda mahupun salah server permainan video.

4. Cutscene yang tidak boleh dielak

Benda yang tidak boleh dielak. Permainan video yang memberi fokus terhadap cerita sentiasa mempunyai cutscene.

Paling menjengkelkan cutscene yang tidak boleh dielak. Anda tidak boleh skip dan anda tidak boleh berbuat apa-apa. Cuma dengar dan lihat.

Malah dalam Monster Hunter World apabila seseorang pemain baru itu masuk dalam misi baru, dia perlu melihat cutscene yang tidak boleh skip. Bila cutscene sudah habis, kemudian baru pemain lain boleh masuk ke misi untuk membantu anda.

5. Disuruh pause’ permainan video online

Tiada yang lebih menyedihkan apabila anda disuruh untuk pause permainan video dalam talian yang tidak boleh diberhentikan.

Malah apabila anda memberitahu bahawa permainan video atas talian tidak dapat diberhentikan orang yang menyuruh pause akan marahkan kita semula.

Macam mana nak terangkan kepada ibubapa anda bahawa permainan video online tidak boleh pause?

Apa lagi hal-hal yang menjengkelkan hidup anda sebagai seorang pemain permainan video?

RELATED NEWS

+