5 Permainan video e-sukan yang orang tidak tahu wujud

Tidak kiralah MLBB ataupun VALORANT.

Banyak sebenarnya permainan video yang ada e-sukan tetapi sebelum ini orang tak pernah tahu kewujudan mereka.

Selalunya e-sukan hanya diketahui jika permainan itu popular dan besar namun ada juga beberapa permainan video tersembunyi yang tidak ramai tahu.

1. Megaman Battle Network

Satu-satunya permainan video e-sukan dari GBA sekarang. Megaman Battle Network menggunakan konsep strategi kad dan juga aksi.

Anda perlu cuba untuk meramalkan pergerakan musuh dan juga skill apa yang musuh akan guna.

Megaman Battle Network pada mulanya tampak mudah tetapi permainan ini sebenarnya sangat mendalam dan mempunyai meta sendiri.

2. Age of Empire

Age of Empire adalah permainan video klasik yang masih mempunyai ramai pemain.

Namun, jarang kita dengar Age of Empire di dalam e-sukan.

Permainan video RTS nyata masih mempunyai ramai peminat dan baru-baru ini Age of Empire berjaya mendapat keseluruhan 40,000 penonton di Twitch.

Cubalah nanti tengok Age of Empire.

3. Catherine

Catherine adalah permainan puzzle dan aksi penuh dengan penceritaan di antara karakter utama dan dua wanita bernama Catherine dan Katherine.

Namun e-sukan untuk permainan ini hadir apabila Catherine mempunyai mod multiplayer.

Dengan mod multiplayer anda akan berlawan dengan orang lain dan naik ke atas atau mengalahkan musuh anda dengan perangkap atau menjatuhkan musuh ke bawah.

Banyak teknik yang anda boleh buat untuk jauh ke hadapan mengalahkan musuh.

Nampak mudah tetapi perlukan skill yang tinggi.

4. Zwift

Satu-satunya e-sukan lumba berbasikal.

Anda perlu link Zwift kepada smart watch anda seperti Garmin dan Zwift akan membaca tahap kayuhan dan anda akan melihat karakter di dalam Zwift membuat kayuhan.

E-sukan ini juga sudah menjadi besar sejak pandemik COVID-19 dan banyak pertandingan berbasikal kini menggunakan Zwift sebagai ganti pertandingan berbasikal.

5. Farming Simulator

Siapa sangka permainan Farming Simulator mempunyai liganya tersendiri.

Pada mulanya Farming Simulator tampak tidak ada mod untuk e-sukan namun peminat memulakannya sendiri.

Bagaimana e-sukan dalam Farming Simulator?

Setiap pasukan akan mempunyai 3 pemain dengan kenderaan masing-masing.

Kemudian setiap pasukan akan mendapat satu bahagian ladang yang perlu dituai.

Anda perlu menuai dengan penuh efisyen bagi mengumpulkan hasil untuk dialihkan ke dalam kilang.

Setakat ini sahaja antara e-sukan yang menarik dan jarang didengari dan tahu akan kewujudan.

Apa lagi permainan video yang mempunyai e-sukan namun jarang didengari?

RELATED NEWS

+