5 Rookie yang menyerlah sepanjang MPL MY musim ke-11

Setiap musim, pasukan-pasukan MPL MY pastinya akan membawa muka baharu ke dalam barisan pemain mereka untuk memperkuatkan lagi pasukan.

Namun musim ini, terdapat beberapa pemain Rookie yang menjadi tunjang utama dalam gerakkan pasukan mereka.

Gojes

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Pemenang Rookie of the Season ini menjadi salah seorang pemain yang penting untuk Yoodo Red Giants Esports selepas persembahan yang baik ditunjukkan sepanjang musim ini.

Gojes yang bermain di Exp Lane membawa lebih kurang 10 hero pada musim ini seperti Minsitthar, Hilda dan Yu Zhong.

Kebolehan Gojes untuk menangkap hero di backline dan makro serta mikro yang baik menjadi punca Yoodo Red Giants Esports berada di slot Top 4 pada musim ini.

Dia juga memenangi anugerah Rookie Terbaik musim ini.

Sekys

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by @yoodoredgiants

Jungler Yoodo Red Giants Esports ini turut menjadi watak penting yang membawa pasukannya ke Top 4 dengan mekanik yang tinggi.

Dia sering kali menggunakan hero seperti Martis, Lancelot dan Akai yang membolehkan dia untuk mendapat objektif dengan lebih mudah.

Walaupun ini musim pertama untuk pemain ini tetapi dia sudah menunjukkan bahawa dia boleh menjadi salah seorang jungler terbaik di Malaysia.

 

Melqt-

@mygameondotmy Ada sebab Melqt- dengan Kymm taunting dekat stage! #fyp #kakigaming #MyGameOn #MPLMYS11 #mobilelegends #revoluxi ♬ original sound – My Game On

Pemain Gold Laner untuk Red Esports dipersoal ramai kerana menggantikan tempat rakan sepasukannya iaitu Mal namun dia menjawab dengan persembahan yang baik sepanjang musim.

Melqt- yang banyak mainkan hero seperti Beatrix, Claude dan Melissa berjaya mencatat purata KDA dengan 5.36 menurut laman web rasmi MPL MY. Dia sering kali tercalon sebagai MVP of the game.

Dia tercalon sebagai Rookie of the Year dan menjadi watak penting dalam kebangkitan Red Esports untuk musim ini.

Kymm

Mid Laner Red Esport ini menyertai Red Esports pada jendela perpindahan semasa minggu ke-4. Dia telah memberi impak yang besar dengan gaya permainannya yang agresif.

Kymm sering kali bermain hero seperti Valentina, Pharsa dan Yve dan telah membawa impak yang besar untuk pasukan Red Esports.

Walaupun taunting lebih dikenali ramai namun gaya permainannya akan membuat dia menjadi salah seorang pemain Mid Lane terbaik di Malaysia.

@mygameondotmy @RED ESPORTS hantar @RSG Slate Malaysia pulang sambung raya #mpl #mplmy #mplmys11 #inigayakita #revoluxi #fyp #kakigaming #mygameon ♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Unii

@sesumpit05 Lunatix vs Madness #MLBB #mplmys11 #mplmy #mlbbcreatorbase #mlbbwiki @mplmy @Mobile Legends @MLBB Creator Base ♬ original sound – ===SesumpiT===

Pemain yang baru sahaja berusia 17 tahun ini sudah menjadi salah satu watak penting dalam Team Lunatix untuk musim yang cemerlang ini.

Walaupun meta kini tertumpu kepada Tank Jungler, namun Unii yakin membawa hero seperti Hayabusa dan Fanny.

Dia juga dicalonkan sebagai Rookie of the Season menunjukkan persembahan yang baik sepanjang musim.

Siapa lagi Rookie yang memberi impak kepada pasukannya pada musim ini?

RELATED NEWS

+