6 Mage terbaik untuk menang ranked dalam Mobile Legends

Mage dalam Mobile Legends: Bang Bang banyak memberi impak dengan burst magic damage mereka.

Tidak dilupakan ada yang mempunyai kuasa crowd control yang sangat bagus.

Walaupun begitu, mage sangat mudah untuk dibunuh tetapi dengan kerjasama pasukan, mage akan memberi kesusahan kepada pihak lawan anda.

Jom lihat enam Mage terbaik untuk menang ranked dalam Mobile Legends.

1. Pharsa

Mobile Legends Pharsa Guide: Best Emblem, Build and Gameplay Tips -  GamingonPhone

Walaupun Ultimate Pharsa sudah ditambahkan cooldown, tetapi Pharsa masih memberi impak yang besar sebagai mage yang kuat.

Ramai orang yang berlawan dengan Pharsa tidak berhati-hati dengan kuasanya pertamanya yang boleh stun pihak musuh.

Tidak dilupakan skill kedua yang sangat baik untuk poke dengan damage yang tinggi.

Ultimate Pharsa juga dapat dikurangkan dengan Magic Shoes.

Skill ketiga menjadi burung juga dapat memberi Pharsa cara pantas dan mudah untuk membetulkan posisinya ketika perang atau untuk lari.

2. Harley

Mobile Legends Harley HD Wallpapers - Wallpaper Cave

Harley adalah jungler mage yang sangat menakutkan setakat ini.

Dengan pergerakan yang laju, Harley mempunyai serangan yang sangat menyakitkan apabila anda ditangkap berseorangan di dalam peta.

Kombo pantas Harley sangat mudah untuk membunuh seorang musuh dengan masa yang sangat singkat.

3. Valentina

New Mobile Legends Hero Valentina Release Date Officially Revealed

Valentina adalah hero mage yang sangat kuat jika anda tahu untuk menggunakan kombonya dan jika anda mengambil kesempatan dengan pasif fear Valentina.

Dia sangat berbahaya ketika war kerana kuasanya yang membuatkan dirinya boleh dash ke depan ketika war.

Tidak dilupakan juga jika anda berjaya mencuri Ultimate pihak musuh terutamanya ultimate yang memberi impak besar ketika war.

Namun, Valentina dikatakan lebih kuat di ranked yang lebih tinggi kerana pasukan anda tahu untuk membantu Valentina ketika berlawan.

4. Eudora

3 reasons why Eudora is a high priority pick right now | ONE Esports

Eudora sangat mudah untuk digunakan dan sangat popular dengan para pemain ML.

Dengan kombo mudah yang boleh membuatkan musuh hilang HP begitu sahaja, setiap marksman, mage, fighter dan assassin akan mati dalam sekelip mata.

5. Vale

How To Use Vale In Mobile Legends: A Beginner's Guide | Blooing

Vale juga antara hero dengan kombo mudah.

Jika anda mengambil upgrade CC untuk kuasa kedua akan memudahkan anda untuk mengenakan skill pertama Vale yang sesuai menggunakan upgrade damage.

Ultimate Vale sangat memberi impak ketika war dan setakat ini kedua-kedua jenis upgrade untuk Ultimate Vale sesuai untuk dipilih mengikut kesukaan anda.

6. Lylia

Lylia Mobile Legends Wallpaper Hd | Mobile legends, Cartoon love photo,  Alucard mobile legends

Lylia mempunyai burst magical damage yang sangat besar malah apa yang memberi kelebihan Lylia ialah magic life steal yang ada.

Dia mempunyai potensi untuk terus menukarkan arus perlawanan.

Namunm anda perlu meneka kedudukan musuh untuk menggunakan kombo sepenuhnya.

Jika musuh anda banyak hero yang mempunyai nyawa sikit, anda boleh terus memilih Lylia untuk kill mudah.

Hero Mage apa lagi yang anda rasa patut ada dalam senarai ini?

RELATED NEWS

+