97 Peratus Pemain Buka Sari Kata Dalam Game, Kata Ubisoft

Pilihan sari kata dalam sesebuah video game adalah satu perkara sangat penting bagi memudahkan semua golongan pemain untuk menikmati game.

Pengurus penyelidikan pengalaman pengguna (user research experience) dari Ubisoft, David Tisserand mendedahkan 95 peratus pemain Assassin’s Creed Odyssey buka sari kata dan 50 peratus pemain The Division 2 juga melakukan perkara yang sama melalui satu bebenang Twitter seperti tertera di bawah.

Tisserand juga berkongsi berita ini sebagai satu peningkatan besar berbanding tahun lepas yang mana seramai 65 peratus pemain membuka opsyen sari kata dalam Assassin’s Creed Origins.

Kapsyen bunyi Far Cry: New Dawn. Sumber: Can I Play That?

Turut serta, sari kata dalam Far Cry: New Dawn juga dibuka secara automatik dan 97 peratus pemain memilih untuk tidak menutup sari kata langsung. Sistem sari kata dipuji oleh pemain terutamanya golongan kurang upaya kerana sari kata dalam game itu menjelaskan bunyi penting dalam lisan, latar belakang berwarna kepada teks, pengubahsuaian saiz teks dan banyak lagi.

Secara jujurnya, saya juga membuka sari kata sepanjang saya bermain game kerana ini membantu saya untuk fokus terhadap apa yang sedang berlaku dalam game itu terutamanya jenis game yang mempunyai naratif menarik. Di samping itu, sari kata menolong saya untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris sebagai penutur bahasa kedua.

Di akhir bebenang, Tisserand berharap fungsi sari kata yang menyeluruh ini dapat diterapkan dalam semua game  dan mengajak pembaca untuk menonton sebuah ucapan bertajuk “Subtitles Are Changing, Don’t Left Behind” oleh penyokong aksesibiliti, Ian Hamilton semasa Game Developers Conference (GDC) 2019.

Pernah ke korang main game tanpa membuka opsyen sari kata? Lain ke pengalaman daripada tidak memasang sari kata? Jom kongsikan pendapat korang bersama kami di Facebook.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Rock Paper Shotgun

RELATED NEWS

+