Akaun Instagram RSG PH masih aktif, netizen Indonesia ramai-ramai ucap tahniah

Akaun Instagram juara Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022, RSG PH masih ada dan tidak dinyahaktifkan.

Malah, yang menariknya, ramai peminat RRQ Hoshi dan netizen Indonesia rata-rata memberi komen positif dan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Antara tanda pagar sering digunakan adalah #respect dan #ggwp, rata-ratanya memuji kehebatan pasukan Filipina itu.

Sebelum ini, kebanyakan akaun Instagram pasukan Filipina dinyahaktifkan terlebih awal bagi mengelak sebarang tohmahan dan laporan spam dari netizen Indonesia.

Ia bermula sejak kejohanan dunia M3, di mana akaun Instagram Blacklist International dan ONIC Filipina dinyahaktifkan.

Dalam grand final semalam, pasukan Filipina, RSG PH menewaskan RRQ Hoshi dari Indonesia dengan skor 4-0.

RELATED NEWS

+