Allan Phang sertai Galaxy Racer sebagai Ketua Pegawai Pemasaran

Galaxy Racer (GXR), sebuah organisasi esukan yang paling cepat membangun hari ini mengumumkan bahawa Allan Phang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di dalam organisasi itu. 

Organisasi yang berpangkalan di Dubai itu menyatakan Allan Phang akan mengetuai strategi pemasaran terbaik dalam kelasnya bagi memastikan jenama GXR dikenali pada skala global termasuk inisiatif pembangunan dari segi media sosial dan kempen digital.

Allan Phang pernah tersenarai sebagai finalis di Marketing Excellence Award 2020 dalam kategori “Marketing Innovator of The Year” di mana kempen e-sukannya antara yang berjaya. Beliau juga pernah menjadi speaker di TEDx Talk untuk berkongsi dengan pemasar esukan, pemacu bisnes dan pegawai kerajaan.

Terdahulu, beliau pernah berkhidmat di sektor korporat di AirAsia selama tujuh tahun di mana kedudukannya menguruskan bahagian esukan, pemasaran serantau, pendapatan sampingan, hubungan pekerja dan penjenamaan dalaman, budaya korporat, perkongsian dan pembangunan bisnes.

Sebelum AirAsia, beliau pernah berkhidmat di EVOS Esports sebagai Ketua Pemasaran dan PR.

GXR mempunyai 11 pasukan e-sukan dalam League of Legends, Dota 2, CS:GO, Fortnite, PUBG Mobile dan Free Fire.

Mereka juga mengendalikan 20 pencipta kandungan dari Timur Tengah Afrika Utara (MENA) dan Asia Tenggara dengan 160 juta pengikut.

RELATED NEWS

+