Apex Legends Cecah 50 Juta Pemain Dalam Masa Sebulan

Apex Legends kini mempunyai angka pemain berlipat kali ganda berbanding Fortnite semasa bulan pelancaran pertama.

Game percuma first-person shooter (FPS) bertemakan battle royale dibangunkan oleh Respawn Entertainment telah berjaya cecah 50 juta pemain dalam masa sebulan selepas pelancaran.

Bagi meraihkan kejayaan besar ini, Respawn menghasilkan video sebagai tanda penghargaan yang menampilkan perkara menarik sepanjang bulan pelancaran pertama seperti 1.23 billion finishers digunakan, 31 billion ping dilaungkan dan 170 juta respawn. 

Video ini juga memuatkan momen-momen gempak Apex Legends seperti atuk mengalahkan 3 musuh tanpa gunakan skop dan Mozambique kill count yang tak terkira. Saksikan video padat Legends ini di bawah:

Kehadiran Apex Legends semestinya menggegarkan industri video game sehingga dapat mencapai 10 juta pemain dalam masa 3 hari sahaja. Seorang penganalisa industri game, Daniel Ahmad memberikan satu perbandingan capaian angka pemain antara Apex Legends dan Fortnite Battle Royale.

Ia menunjukkan gambaran lebih cerah bagaimana Apex Legends berjaya mengambil takhta baru untuk game battle royale paling panas setelah dilancarkan secara mengejut tanpa sebarang promosi atau hebahan di PC, PS4 dan Xbox One pada 4 Februari.

Apex Legends berjaya kaut 50 juta pemain dalam masa sebulan manakala Fortnite capai 45 juta pemain setelah 16 minggu berlalu.

Setelah Apex Legends menginjak ke bulan yang pertama, Respawn telah umum perancangan Battle Pass yang bakal membawa masuk Legends, senjata dan loot baru. Desas-desus datamining turut mendedahkan Legends baru iaitu Prophet dan Octane. Hm… menarik.

Apex Legends boleh dimainkan secara percuma di PC (Origin), PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+