Apple iPod Touch Dengan Teknologi AR Akan Hadir Tak Lama Lagi – Berharga RM899

Apple mendedahkan iPod Touch baru pada Selasa, yang pertama dalam variasinya selepas beberapa tahun. Kemaskini terakhir ialah pada 2015 dan dikatakan versi baru ini memberikan beberapa perubahan terutamanya kepada mereka yang sukakan mobile gaming

Syarikat Cupertino ini menggunakan Cip A10 Fusion yang sekarang digunakan dalam iPhone terkini; satu komponen untuk pengguna merasai pengalaman gaming  yang boleh menyokong teknologi Augmented Reality (AR).

Harganya bermula daripada RM899 (32GB), RM1,349 (128GB) dan RM1,799 (256GB). Ia didatangkan dengan enam warna: merah jambu, silver, space gray, emas, biru dan (PRODUCT) Red.

Pembaharuan kepada pengalaman AR bukan saja untuk permainan tapi untuk fungsi lain juga seperti web browsing. Tapi kalau korang nak belinya untuk main Pokemon GO, perlu ingat iPod Touch tak hadir dengan kad sim jadi korang perlu sentiasa dihubungkan dengan WiFi. 

Bagi sesiapa yang inginkan pengalaman bermain game lebih lancar dan seronok, ia juga sesuai untuk korang yang nak langgan servis Apple Arcade. Apple menyifatkan iOS sebagai platform terbesar di dunia untuk permainan dan dengan pelancaran Apple Arcade tak lama lagi, platform ini akan bertambah besar. 

Apple dikhabarkan membelanjakan setengah juta Dollar untuk memuatkan permainan-permainan di dalam Apple Arcade.

Buat sementara ini, korang boleh usha produk baru ini di https://www.apple.com/my/ipod-touch/.

RELATED NEWS

+