Apple seperti mengacah Macbook baru pada acara seterusnya 18 Oktober ini

Apple mengumumkan acara peralatan kedua mereka untuk musim luruh tahun ini.

Seperti yang dinyatakan di dalam jemputan mereka, acara itu akan ditayangkan secara langsung pada 18 Oktober ini. Namun, pihak Apple tidak memberikan sebarang petunjuk apa yang akan mereka bawakan untuk acara ini, selain menampilkan perkataan “Unleashed”.

Terdapat ura-ura sebelum ini menyatakan Apple bakal memperkenalkan model terbaru MacBook, kemungkinan model MacBook Pro 14 dan 16 inci terbaru dengan cip M1X. Selain itu, kemungkinan Mac Mini berkuasa tinggi dan generasi baru AirPod juga akan diperkenalkan semasa acara ini.

Tahun lalu, Apple memperkenalkan MacBook Air dan MacBook Pro 13 inci semasa acara “One More Thing” mereka, disamping model yang dikuasakan oleh cip rekaan mereka, Apple M1. 

Pada bulan lalu, Apple telah memperkenalkan barisan model iPhone 13 terbaru semasa acara musim Luruh mereka, iaitu iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Selain itu, mereka juga memperkenalkan iPad Mini dengan rekaan baru, iPad generasi ke-9 dan Apple Watch Series 7.

Selain Apple, Google juga dijangka akan mengadakan acara mereka pada 19 Oktober ini, di mana mereka mungkin akan memperkenalkan barisan Google Pixel 6 mereka. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

TAGS

RELATED NEWS

+