Filem Reboot Resident Evil Diumumkan – Johannes Roberts Sebagai Pengarah

Kita dah saksikan kesudahan filem epik Resident Evil arahan Paul W.S. Anderson.

Sekarang kita saksikan pula siapa akan menjadi pengarah untuk versi reboot, dikatakan Johannes Roberts dari 47 Meters Down akan memikul posisi ini bersama screen writer Greg Russo serta produser tempatan dari Sarawak, James Wan (The Conjuring).

James Wan

Lebih menarik, ia akan diinspirasikan oleh Resident Evil 7!

Ia adalah projek terkini dari Constantin Film dan memandangkan nama Resident Evil mengumpulkan 1.2 billion Dollar di seluruh dunia, pastinya reboot ini ingin dijadikan realiti oleh studio ini.

Buat setakat ini, kita masih tidak tahu siapa barisan pelakon dan untuk watak apa yang akan dilakonkan. Apa yang kita tahu, peminat pastinya ingin calon paling sesuai dipilih.

“Saya adalah peminat tegar francais ini. Mereka (Constantin Film) dah pun mencipta enam filem sebelum ini jadi kalau kita nak kembali untuk reboot, kita nak buat yang berbeza. Saya ingin buat ia seram seperti stail James Wan dan Resident Evil 7 adalah inspirasi dalam projek ini,” – Greg Russo

Korang teruja ke tak dengan reboot filem Resident Evil ini ataupun biar je francais ini kekal dengan hala tuju permainan video saja?

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+