Asmongold selamatkan ibu dari kebakaran selepas habis stream

Asmongold adalah salah satu streamer Twitch paling popular kini mahu berehat sekejap dari Twitch selepas kebakaran yang hampir meragut nyawa ibunya.

Kejadian itu berlaku akibat ibunya merokok berdekatan tangki oksigen.

Jika Asmongold tidak berdekatan, pasti ibunya berkemungkinan akan kehilangan nyawa.

Asmongold juga membuat video bagi menceritakan apa yang terjadi.

Kejadian ini berlaku betul-betul selepas beliau menutup stream apabila ibunya meminta air.

Asmongold menghantar air kepada ibunya, kembali ke stream dan memberitahu beliau sedang menghadapi masalah untuk menjaga ibunya yang dijangkiti COVID-19.

Selepas menutup stream Asmongold terdengar bunyi letupan dari bilik ibunya dan kebakaran sudah terjadi.

Beliau terus pergi menutup tangki oksigen, menyelamatkan ibunya kemudian memadamkan api.

Ibunya kini berada di hospital dan semakin pulih.

Asmongold yang terkejut akan kejadian ini mahu berehat seketika dari stream.

RELATED NEWS

+