ASUS ROG Phone Dilancarkan – Bermula Dari RM3,499 Beserta Pelbagai Aksesori Boleh Didapatkan!

Mula-mula konsol handheld macam Nintendo Switch, kemudian datang pula Razer Phone yang mendefinisikan gaming smartphone. Hari ini, datang pula ASUS ROG Phone! Ya korang, gaming smartphone yang ditunggu-tunggu ini akhirnya dilancarkan di Malaysia.

Berharga RM3,4999 bagi model 128GB dan RM3,999 untuk model 512gGB, bukan itu telefon pintar itu aje yang korang dapat. Dengan setiap peranti korang juga akan menerima Aeroactive cooler dan juga casing untuk ROG Phone secara percuma.

Ketika acara pelancaran di Battle Arena Malaysia petang tadi, ASUS Malaysia juga mengumumkan beberapa aksesori lain yang akan hadir pada November nanti.

  • Casing ROG Phone (RM199)
  • ASUS Professional Dock (RM299)
  • GAMEVICE – controller untuk ROG Phone (RM349)
  • Mobile Desktop Dock (RM599)
  • ROG Suitcase (RM599)
  • ASUS WiGig Display Dock (RM899)
  • Twinview Dock (RM999)

Kat mana nak beli? Korang boleh mula dah pra-tempah bermula hari ini hingga 4 November di Brand Stores ASUS yang rasmi ataupun di Shopee dan Lazada. Setakat ini masih belum ada tarikh rasmi bagi availability peranti gaming ini di pasaran.

Sedikit mengenainya, ASUS ROG Phone dilengkapkan dengan cip pemprosesan 8-core Snapdragon 845, 8GB RAM serta paparan HDR AMOLED dengan 90Hz refresh rate dan 1 ms kadar tindak balas (response time).

Ia juga mempunyai logo RGB yang boleh diubahsuai di bahagian belakang kerangka peranti pintar dan boleh sync dengan Laptop ASUS ROG. Di bahagian tepi peranti pula, “AirTriggers” boleh berfungsi sebagai traditional controller dan disetkan untuk pelbagai butang fungsi in-game.

Melengkapkan phone ini adalah kamera dual rear, pengimbasan cap jari dan bateri kapasiti 4,000 mAh! Nantikan reviu penuh kami dalam minggu ini ya!

RELATED NEWS

+