Bake ‘n Switch versi Nintendo Switch akan tiba pada 10 September

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Streamline Games telah mengumumkan bahawa permainan Bake ‘n Switch akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 10 September ini. Sebelum ini, judul ini hanya telah dilancarkan di PC melalui Steam pada 21 Ogos.

Selain daripada No Straight Roads, Bake ‘n Switch juga merupakan salah satu permainan video yang dibangunkan oleh studio tempatan. Ofis utama Streamline Games bertapak di Kuala Lumpur.

Bake ‘n Switch merupakan permainan party brawler yang bertemakan pastri. Ia boleh dimain secara berseorangan atau secara co-op dan kompetitif bersama tiga orang pemain lain.

Permainan ini akan dijual pada harga AS$29.99 (RM125) di Nintendo eShop.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+