Seorang pengguna bernama u/hyperdeeeee Reddit baru-baru ini membuat satu kenyataan di Reddit Master Duel mengenai ibu bapanya tidak membenarkan dia dan adiknya bermain Yu-Gi-Oh!(YGO).
Hyperdeeeee baru-baru ini kembali ke YGO selepas bermain ketika kecil dahulu dan sangat seronok dengan Master Duel.
Dia juga ada mengajar adiknya yang berusia sembilan tahun untuk bermain dan adiknya sangat menyukai permainan ini.
Namun apa boleh dibuat apabila ibu bapanya sendiri sangat kuat pegangan agama dan mengalami salah faham.
Pada mulanya mereka berdua hanya bermain Apex Legends tetapi ibu bapanya tidak menyukai Apex Legends kerana ia permainan video menembak.
Jadi mereka bertukar ke YGO.
Tetapi masalah lain pula mendatang apabila ibu bapanya marah dan memberi syarahan panjang mengenai YGO yang mempunyai syaitan akibat kad spell dan ajaran syaitan.
Mereka juga mengatakan Yu-Gi-Oh! adalah permainan video yang sangat bahaya dan tuhan tidak menyukai kita menyembah sihir dan syaitan.
Ibu bapa Hyperdeeeee juga memaksa adiknya untuk membuang Yu-Gi-Oh! dan kini adiknya sangt sedih.
Hyperdeeeee juga memesan kepada ibubapa supaya memantau permainan video yang dimaain oleh anak mereka dan tidak menjadi berat sebelah tanpa membuat apa-apa siasatan.