Konami membuat keputusan akan mengembalikan permainan Castelvania melalui Apple Arcade. Ia adalah, Castlevania: Grimoire of Souls, permainan mudah alih yang sebelum ini hanya tersedia di Kanada.
Apple Arcade mengumumkan Grimoire of Souls akan tiba di Apple Arcade tidak lama lagi. Melalui laman rasmi Konami, ia menunjukkan Castlevania ialah permainan aksi side-scrolling.
Pelbagai karakter yang terkenal akan muncul dalam permainan ini seperti, Alucard, Simon dan Maria, dengan rekaan karakter dan muzik daripada siri yang yang dibikin oleh Ayami Kojima dan Michiru Yamane.
Grimoire of Souls sebelum ini diumumkan oleh Konami pada 2018, untuk iOS. Ia menerima ujian beta tertutup di Jepun, sebelum dilancarkan di Kanada untuk platform iOS dan Android. Namun, ia hanya bertahan selama setahun sebelum sempat dilancarkan di peringkat global.
Masih belum jelas, mengapa Konami menghentikan Castlevania, dan hanya dilancarkan di Apple Arcade setahun kemudian. Tetapi, kelebihan berbanding versi permainan percuma sebelum ini, tiada lagi mikro-transaksi dan iklan di dalam permainan ini.
Ini adalah tajuk Castlevania pertama yang diketahui dalam tempoh ini, selepas tajuk terakhir sebelum ini, Lord of Shadow 2 yang dilancarkan pada 2014. Sebuah Netflix adaptasi dengan empat musim telah tamat pada awal tahun ini dan sebuah rancangan baru akan tiba pada masa akan datang.
Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.