"> " /> " />

Perlawanan Todak vs HomeBois catat rekod tontonan serentak tertinggi
Menurut laporan Esports Charts, perlawanan antara Todak dan HomeBois pada #SeruSaturday minggu keempat merekodkan kejayaan baharu dengan 166,448 tontonan serentak (PCV) sekali gus menjadi perlawanan paling seru pada musim ini.
 
Ia mengatasi rekod Todak vs SMG (143,417) PCV yang dicatatkan pada awal musim.
 
Tambahan lagi, Dewan Sri Putra dibanjiri oleh lebih daripada 3,000 peminat untuk menyaksikan sendiri kehangatan #MingguDiraja.
 
Ini merupakan jumlah kehadiran yang tertinggi di Musim 12 setakat ini dan 50% lebih tinggi dari rekod kehadiran tertinggi Musim Liga Musim 11 (sebanyak 2,000 peminat di Minggu Keempat).
 
Foto: MOONTON Games
 
 

RELATED NEWS

+