BDL wakil dari Turki, BTK wakil dari NA ke M3

Seorang lagi pencabar dari negara Turki akan bermain bersama 15 pasukan yang lain di Kejohanan Dunia, M3. Mereka adalah pasukan BEDEL (BDL) yang berjaya memenangi Kejohanan Turkiye Sampiyonasi Mobile Legends yang dilancarkan pada 25 Julai lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Sementara itu, juara bagi pusingan kelayakan dari Amerika Utara iaitu Blood Thirsty King (BTK) adalah pasukan pertama yang akan mewakili benua itu ke Kejohanan Dunia M3.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Melihat pada perkara ini, Kejohanan Dunia M3 pasti akan menjadi salah satu kejohanan dunia yang bertaraf antarabangsa dan mengumpulkan pasukan yang hebat dari seluruh dunia bertarung antara satu sama lain bagi bergelar juara.

Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3 semakin hampir. Sebelum ini didedahkan pasukan Akatsuki berjaya menjuarai Arabia Major untuk menjadi wakil dari Timur Tengah ke M3.

Foto: Esporttimes

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+