Bekas Pemain Pro CS:GO Dikenakan Hukuman Penjara 116 Tahun Kerana Menipu

Artikel ini diterjemah dari IGN SEA.

Seorang pemain wanita profesional dalam CS:GO di Brazil, Shayene “ShAy” Victorio menerima hukuman penjara selama 116 tahun kerana penipuan.

Dilaporkan 118 pelanggannya tidak pernah menerima merchandise apabila membeli di stor dalam talian miliknya. Difahamkan, insiden ini berlaku antara tahun 2013 dan 2017.

Untuk pengetahuan, hukuman penjara paling lama di Brazil hanyalah selama 30 tahun.

Peguamnya memberi maklum balas yang syarikat di sebalik laman web miliknya itu adalah hak milik bapanya dan bekas suami. “Ia adalah satu kesilapan dalam pengurusan yang menyebabkan isu ini,” jelas peguam tersebut.

Bagaimanapun, terdapat kes siasatan dari Special Action Group to Combat Organized Crime (GAECO) yang menemui butiran berkaitan bank dan cukai di dalam emelnya bagi tujuan bukti. 

Di Instagram, streamer CS:GO ini mengatakan “Saya tidak ditangkap dan takkan ditangkap. Saya bukannya diburu seperti orang maksudkan. Ia adalah satu tuntutan mahkamah dikenakan pada bekas suami saya dan menyusahkan saya. Ketika kami berpisah, dia bertanggungjawab sepenuhnya,” 

Victorio akan membuat rayuan untuk hukuman itu dan sekarang tidak aktif di media sosial ketika penyiasatan sedang dijalankan.

Sumber: IGN SEA

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+