Bekas staf Blizzard terbabit kes skandal, Overwatch akan tukar nama McCree ke nama lain

McCree, salah satu hero dari Overwatch bakal ditukarkan namanya.

Nama McCree berasal dari salah satu bekas pekerja Blizzard bernama Jesse McCree.

Penukaran ini berlaku akibat Jesse McCree adalah salah seorang yang terbabit di dalam kes skandal besar Blizzard baru ini.

 

“Kami juga mahu McCree menjadi karakter yang baik untuk mewakili Overwatch dengan nama yang lebih baik.”

“Untuk masa hadapan setiap karakter kami tidak lagi akan dinamakan sempena staf dan kami akan lebih sensitif dalam memasukkan apa-apa rujukan dari luar Overwatch.”

Situasi ini sudah pasti adalah ke arah kebaikan.

Penukaran nama ini menunjukan pasukan Overwatch mengambil tanggungjawab dan sedar akan nama yang mewakili karakter Overwatch ini.

RELATED NEWS

+