Berjaya Dragons kini hak milik SEM9

Organisasi e-sukan SEM9 hari ini mengumumkan bahawa pasukan Berjaya Dragons kini dimiki mereka.

SEM9 selepas ini bakal memiliki semua aset dari Berjaya Esports Sdn Bhd termasuk semua pasukan profesional dari Berjaya Corporation Berhad.

Berjaya Dragons atau BJD adalah salah satu organisasi e-sukan yang pernah mewakili Malaysia ke Pacific Championship Series untuk e-sukan League of Legends.

“Pihak kami sangat senang hati dengan bakat-bakat veteran dari BJD dalam menyertai kami. Pergabungan ini memberi kami peluang untuk mengoptimumkan pasukan Wild Rift. Ditambah lagi, penerapan ini memberi SEM9 untuk melangkah kaki ke dunia e-sukan profesional League of Legends,” ujar Kevin Wong Pengarah Urusan SEM9.

“Saya berasa sangat seronok dengan kemasukan Berjaya Dragons. Kami boleh membina pasukan League of Legends: Wild Rift yang lebih kuat dan meletakkan SEM9 dan Malaysia di mata dunia,”  ujar Tommy Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif SEM9.

Gabungan BJD ini sangat serasi dengan strategi kompetitif e-sukan SEM9.

Moga e-sukan Wild Rift dan League of Legends akan lebih berkembang dan kuat dengan naungan SEM9 terutama sekali di kawasan Asia Tenggara.

RELATED NEWS

+