Free Fire: SEM9 teguh di persada carta Play-Ins ESL Snapdragon Mobile Challenge selepas minggu ketiga

Pasukan Free Fire tempatan, SEM9 seakan-akan selesa mengekalkan gelaran pendahulu liga bagi Play-Ins ESL Snapdragon Mobile Challenge.

Hal ini kerana gaya permainan yang bertenaga dan berkeyakinan tinggi dipertonjolkan oleh setiap pemain pasukan itu. 

Pada semalam, pasukan itu berjaya mengumpul dua Booyah daripada enam pusingan yang dimainkan. Kemenangan pertama diraih pada pusingan kedua peta Kalahari apabila bijak mengawal zon permainan terakhir. 

Hasilnya, 29 mata keseluruhan dan 17 mata singkir dikutip oleh SEM9 selepas mengharungi pertarungan sengit antara pasukan Indonesia, Dewa United Esports.

Momentum itu diteruskan lagi pada pusingan ketiga peta Purgatory selepas sekali lagi Booyah diperoleh. Pasukan itu memanfaatkan ketenangan di bulatan permainan terakhir ketika dua pasukan Vietnam iaitu Heavy dan V Gaming sedang bertempur. 

Pada saat berbaki hanya dua pasukan sahaja, SEM9 tidak menunggu lama untuk merusuh masuk ke rumah di pertengahan kawasan Field itu. Gerakan berpasukan juga memberi satu titik positif buat pasukan itu untuk meraih Booyah kedua.

Pusingan ketiga itu membawa pulangan 22 mata keseluruhan dan 10 mata singkir kepada wakil tanah air itu.

Selepas tamat aksi minggu ketiga, SEM9 masih lagi mendahului carta dengan 349.5 mata dan 112 mata singkir iaitu penyingkiran kedua tertinggi selepas Heavy dengan 115 mata singkir.

Minggu terakhir ESL Snapdragon Play-Ins Mobile Challenge akan berlangsung minggu hadapan pada 20-23 Disember. Bersiaran secara langsung di Facebook,Youtube dan Twitch ESL Malaysia pada jam 7.50PM (GMT+).

RELATED NEWS

+