Berkali-kali curi mencuri Lord di Grand Final MPL ID musim ke-9, ini rahsia retribution Alberttt

RRQ Hoshi berjaya memenangi MPL ID musim ke-9 selepas menewaskan ONIC dengan skor 4-1.

Sang Raja ini berjaya mendominasi perlawanan dengan gaya permainan berpasukan yang sangat mantap.

Salah satu kunci kemenangan RRQ Hoshi ialah ketepatan dan kemahiran retribution dari seorang jungler, Alberttt. Tidak terkira berapa kali Alberttt berjaya mencuri objektif permainan dari musim biasa, hingga playoff dan di pusingan grand final.

Tambahan pula, Alberttt berdepan dengan Sanz yang juga salah seorang  jungler yang hebat. Jadi, apakah rahsia retribution Alberttt sehingga mampu menewaskan Sanz?

“Tekan saja retri hahaha. Sekurang-kurangnya latihan ranked itu adalah perkara yang penting,” kata Alberttt.

Walaupun petunjuk untuk menekan retri kini lebih jelas, tetapi di dalam situasi teamfight untuk mendapatkan lord tidaklah semudah yang disangka.

Alberttt berulang kali melenyapkan harapan ONIC Esports untuk melakukan comeback dengan menunjukkan penggunaan retri yang kemas. 

Tidak pelik Alberttt dipilih sebagai salah seorang pemain pasukan kebangsaan Indonesia bagi sukan SEA nanti. 

Tahniah sekali lagi buat RRQ Hoshi kerana memenangi MPL Musim 9!

Rujukan: esportsid

RELATED NEWS

+