Bigetron RA juara PUBG Mobile Ultimate Warrior Showdown 2021

Pasukan PUBG Mobile Indonesia, Bigetron RA berjaya memenangi kejohanan PUBG Mobile Ultimate Warrior Showdown yang berlangsung sejak 5 Julai lepas.

Berita itu diumumkan secara ringkas di Instagram rasmi @bigetronesports.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Dalam kejohanan itu, BTR RA berjaya mengumpulkan sebanyak 161 mata dan dua Winner Winner Chicken Dinner dalam 12 peta yang dimainkan. Mereka hanya menang tipis di depan pasukan Thailand, FaZe Clan yang mengumpulkan 159 mata keseluruhan.

Sebagai juara, BTR RA berjaya bawa pulang AS$28,000 (RM116,000). FaZe Clan pula bawa pulang AS$19,500 (RM81,000) di tempat kedua.

Wakil Malaysia, RSG MY mendapat kedudukan ke-12 di kejohanan itu.

Kejohanan ini dianjurkan oleh The Gaming Company dan mendapat tajaan daripada Esports Fight Club.

Ia disertai oleh 16 pasukan PUBG Mobile terbaik di serata Asia.

RELATED NEWS

+