Personaliti e-sukan PUBG Mobile, BiuBiu atau nama sebenarnya Jiunn Jie Kow diumumkan sebagai duta jenama bagi syarikat pengurusan, Wulf Esports.
Dalam satu posting ringkas di Facebook, Wulf Esports menyatakan bekas pemain Team Secret ini akan selanjutnya membina nama dan mencari peluang dalam e-sukan.
Kali terakhir BiuBiu bermain secara kompetitif adalah September tahun lalu dan sejak itu beliau memfokuskan kerjaya dalam penghasilan video di Youtube khususnya PUBG Mobile.
Wulf Esports adalah sebuah syarikat pengurusan talent-talent dalam e-sukan dan juga gaming.
Foto: Wulf Esports