Blacklist International adalah pasukan terkuat MPLI menurut ONE Esports

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

ONE Esports adalah antara organisasi pertandingan e-sukan yang popular di Asia Tenggara.

Berpusat di Singapura, ONE Esports pernah menganjurkan pertandingan ONE Esports Singapore Major untuk permainan Dota 2.

Mereka juga menganjurkan kejohanan untuk permainan peranti mudah alih seperti Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI 2021) ini.

Berikutan MPLI 2021 akan tiba pada 2 November ini, mereka sudah melabel pasukan Blacklist International sebagai satu pasukan paling kuat yang perlu ditewaskan.

Mengambil petikan dari artikel mereka, “Blacklist International mendahului ranking selepasi mendominasi MPL PH musim kelapan. Pelopor strategi UBE ini atau dikenali sebagai Ultimate Bonding Experience yang diperkenalkan sewaktu peringkat kumpulan Kejohanan MSC 2021 membuktikan kekuatan mereka dari semasa ke semasa.”

“Memperoleh kejuaraan berturut-turut dalam MPL PH musim ketujuh dan kelapan. Pada musim lalu, Blacklist International mencatatkan keputusan yang memberasangkan dengan skor 13-1 pada musim liga. Tidak hairan jika pasukan ini layak diiktiraf sebagai pasukan terbaik dalam kejohanan MPLI ini.” ujar mereka.

Adakah anda juga merasakan perkara yang sama? Kemasukan Hadji di dalam pasukan Blacklist memperkuatkan lagi mutu permainan mereka dengan kemahiran all role yang dimilikinya.

Sumber dan foto: ONE Esports

 

RELATED NEWS

+