Blacklist International menduduki tempat pertama musim liga MPL PH S10

Nama pasukan Blacklist International sudah tidak asing lagi di dalam komuniti MLBB di serata dunia, mereka adalah pasukan yang sangat kuat dan pernah menjuarai Kejohanan Dunia M3 sebelum ini.

Di musim ke-9, mereka gagal untuk mendapatkan slot ke playoff oleh kerana duo terhebat iaitu OhMyV33nus dan juga Wise mengambil keputusan untuk berehat.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Philippines (@mpl.ph)

Kini, Blacklist International sekali lagi menduduki tempat teratas di musim liga MPL PH musim ke-10, mereka berjaya memintas pasukan Echo dan juara MSC 2022 iaitu RSG PH.

Nampaknya kehadiran individu seperti V33nus dan Wise kembali ke dalam pasukan memberi impak yang besar kepada mereka.

Siapakah di antara pasukan ini akan menjadi juara di MPL PH musim ke-10 seterusnya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia M4? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+