Bottle masuk Bigetron Alpha, ini jawapan jurulatih Steven Age

Mengenai isu bekas pemain Genflix Aerowolf, Agung Dita (Bottle) yang dimasukkan ke Bigetron Alpha, jurulatihnya, Steven Age berkata pemain berusia 17 tahun itu dimasukkan kerana perwatakannya yang lucu.

“Kami merekrut Bottle kerana dia seorang yang lucu. Menurut saya, dia mempunyai bakat yang bagus dan boleh diasah lagi,” katanya dalam satu temubual bersama ONE Esports.

Manakala saat persoalan sama ada Bottle yang memegang posisi jungler sebelum ini lebih versatil daripada Branz dan adakah Branz akan bertukar posisi menjadi side laner, jawapan beliau ringkas.

“Iya begitulah,” ujarnya.

Pernah mewakili Genflix Aerowolf Jr dan Genflix Aerowolf, pemain licik ini dilihat sangat kental di dalam permainan dan boleh memainkan hero Assassin dengan baik, di mana Branz mempunyai kekurangan.

Baru-baru ini Bottle telah dibawa masuk ke dalam pasukan bagi memantapkan prestasi pasukan itu, keputusan itu dibuat setelah Bottle diteliti sebagai pemain handalan muda yang baru mengembangkan sayapnya di arena e-sukan.

Berikutan kekalahan di tangan EVOS Legends sewaktu pertandingan MPL Indonesia musim ketujuh yang lalu, Bigetron Alpha dilihat mengambil serius tentang keadaan masa depan organisasi tersebut untuk mendapatkan gelaran juara bagi musim seterusnya.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+