BTK tidak memerlukan penganalisis dan jurulatih untuk perform jauh lebih baik – Mobazane

Mobazane adalah salah seorang pemain dari pasukan BTK yang berjaya memberikan saingan hebat kepada pasukan dari Asia Tenggara di Kejohanan Dunia M3.

Mereka berjaya menewaskan pasukan Blacklist International dengan skor 3-2 di peringkat upper bracket. 

Namun begitu, Blacklist International membalas kekalahan itu di peringkat lower bracket final.

Di dalam sebuah penstriman langsung beliau di Youtube, Mobazane mengungkapkan “Kami memerlukan tambahan hero marksman di gold lane. Meta fighter di gold lane seperti kami mainkan di Amerika menunjukkan hasil yang baik di Asia,” ujarnya.

“Kami memang tidak memiliki pelatih atau penganlisis, tetapi perkara itu bukan sebuah alasan yang membuat kami tidak perform dengan baik di M3.

“Dengan kehadiran pelatih atau penganalisis juga tidak akan membuatkan kami menjadi jauh lebih baik dari sekarang. Mungkin hanya sedikit lebih baik,” kata Mobazane.

“Oleh kerana kami sudah cukup baik dengan pemilihan draft dan menganalisis permainan, kami masih boleh menggalas tugas itu tanpa jurulatih dan penganilisis,” tambah beliau.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+