Bukan pengulas Free Fire lah..

Berikutan keluarnya poster Free Fire Malaysia Championship (FFMC) 2021, ramai yang ingat Radzi “Ikuto” Rahman akan menjadi pengulas untuk kejohanan itu.

Ia menimbulkan tanda tanya dan kejutan kepada komuniti kerana Ikuto sebelum ini tidak pernah mengulas Free Fire dan kehadirannya pasti membuatkan ramai peminat teruja.

Bercakap kepada penulis, pengulas tersohor negara ini memberitahu, posisi itu sebenarnya adalah sebagai hos Bahasa Melayu dan bukannya pengulas.

“Pertama sekali, saya nak cakap saya lebih suka dikenali sebagai pengulas/pengacara e-sukan dan tak mahu mengehadkan mengulas kepada mobile game seperti MLBB dan Wild Rift saja.

“Saya suka mempelajari dan meneroka idea serta kandungan game lain. Dapat saja peluang ini (hos Free Fire), saya rasa apa salahnya mencuba.

“Ini adalah kali pertama saya terlibat secara profesional dalam bidang pengacaraan. Memang rasa teruja sebab Free Fire bukan saja berpengaruh dan popular di Malaysia tapi juga di mata dunia,” katanya ketika dihubungi MyGameOn. 

Ikuto juga mengatakan ini adalah percubaannya masuk ke dunia e-sukan yang berbeza dan mengakui gementar namun akan buat yang terbaik.

Selain Ikuto, Natasha Hashim (Tashbunny) dan Lesley Cheam (Ninjaley) juga akan menjadi hos bagi kejohanan itu.

RELATED NEWS

+