Bulan kelima sekatan China ke atas Tencent dan NetEase

Sekatan kerajaan China buat syarikat teknologi seperti Tencent dan NetEase masih lagi dijalankan dan ianya memberi kesan yang besar buat industri permainan video negara itu. 

Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Negara (NPPA) China yang kawal selia perlesenan permainan video di China masih belum mengeluarkan senarai permainan yang diluluskan. 

Sehingga kini, para pembangun permainan masih lagi menunggu keputusan kerajaan China walaupun terdapat laporan menyatakan lesen akan disambung semula selepas November. Namun, pihak NPPA tidak memberikan tarikh spesifik.

Bahkan, pihak pelabur juga terpaksa menunggu jika terdapat sebarang kemaskini daripada pihak kerajaan mengenai permainan yang sudah melepasi proses perlesenan itu.

NetEase antara yang terkesan selepas pasaran saham mereka jatuh sebanyak 9 peratus pada Selasa dan meningkat lebih 4 peratus pada Rabu. Hal ini selepas mereka terpaksa mengabaikan servis emulator bagi permainan mereka iaitu Harry Potter: Magic Awakened.

Tencent pula terpaksa menangguhkan beberapa permainan baru seperti Fortnite dan Dungeon & Fighter Mobile yang masih belum menerima kelulusan daripada kerajaan China. 

Sebelum ini, Tencent sudah menamatkan percubaan selama tiga tahun untuk Fortnite bagi membolehkan permainan itu diluluskan di China tapi masih tak berjaya memasukkan sokongan pembelian dalam talian yang juga sumber pendapatan utama permainan itu.

Sumber: SCMP.COM

RELATED NEWS

+