PUBG Mobile: John, Danny, Rush berpisah dari MAB Esports

MAB Esports adalah pencabar baru di dalam arena kompetitif e-sukan Malaysia. Mereka memulakan perjalanan mereka dengan menubuhkan skuad MLBB pada musim ke-9.

Tidak berapa lama kemudian, MAB menambah divisi baru di dalam organisasi mereka iaitu skuad PUBG Mobile.

Namun begitu, pencapaian mereka di dalam PUBG Mobile tidak begitu memberasangkan apabila mendapat tempat ke-13 di dalam PMPL MYSGPH Spring 2022.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MAB ESPORTS (@mab_esports)

Kini, mereka mengumumkan 3 ahli dari skuad PUBG Mobile mereka iaitu John, Danny dan juga Rush akan menjadi agen bebas.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram MAB Esports sebentar sahaja tadi.

Kemanakah hala tuju 3 ahli pemain ini? Siapakah yang bakal mengisi kekosongan slot ahli pasukan MAB yang baru? Kita bakal saksikan.

Sumber: MAB Esports

 

RELATED NEWS

+