[RASMI] EVOS kini berpisah dengan pasukan VIP

EVOS VIP adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif PUBG Mobile Malaysia. 

Selepas 2 tahun pasukan VIP berkolaberasi bersama EVOS. Kini mereka mengumumkan perpisahan VIP dari EVOS Esports.

Pengumuman itu dibuat di dalam akaun Instagram rasmi EVOS SG MY.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by EVOS SG MY (@evos.sgmy)

Selain itu, mereka juga memohon maaf kerana tidak dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang sepanjang perjalanan mereka bersama.

“Nak minta maaf juga kpd EVOS, penaja, dan peminat VIP. Selama ini kami tidak perform seperti yg diharapkan. Tidak kisah apa keputusannya, EVOS tak pernah berputus asa dengan kami. Peminat juga banyak memberikan sokongan di dalam apa jua keadaan.” tulis mereka.

Mereka juga berkata punca EVOS VIP dibubarkan adalah kerana hanya satu pasukan menggunakan nama EVOS sahaja dibenarkan di PMPL akan datang.

“Ramai yang ingin tahu mengapa EVOS VIP dibubarkan. Ini kerana musim PMPL yg akan datang hanya benarkan EVOS mewakili satu pasukan sahaja. Jadi di antara EVOS Reborn dan EVOS VIP.” akhiri mereka.

Selamat maju jaya buat pasukan VIP. Nantikan kemunculan mereka tidak lama lagi.

Sumber: EVOS SG MY

RELATED NEWS

+