Capcom Menambah Sokongan Steam Workshop Dalam Monster Hunter: World PC

Versi PC untuk Monster Hunter: World nampaknya akan menerima sentuhan kreatif dari modders apabila Capcom menambahkan tab Workshop di perisian Steam. 

Ini menunjukkan Capcom memberi sokongan secara rasmi kepada modders. Tapi setakat ini, Worskhop itu masih kosong dan mungkin kerana tiada siapa lagi yang memuat naik mod memandangkan permainan itu belum lagi dilancarkan hingga esok.

Workshop adalah tempat yang mana mod boleh dimuat turun untuk permainan yang menyokong sistem ini. Bagi yang sudah memiliki Monster Hunter: World, mereka boleh melihat tab itu.

Sumber: Destructoid

 

RELATED NEWS

+