Cara Untuk Menangi Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti Edisi Cyberpunk 2077 (Kemaskini)

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kemaskini: Malangnya, acara media sosial untuk memenangi kad grafik ini tidak terbuka kepada rakyat Malaysia.

Studio pembangun CD Projekt RED sedang bekerja keras untuk menyiapkan permainan terbaru mereka iaitu Cyberpunk 2077. Nampaknya mereka bekerjasama dengan Nvidia untuk mempromosikan permainan tersebut.

Baru-baru ini, Nvidia mendedahkan sebuah kad grafik GeForce RTX 2077 Ti. Ia merupakan sebuah kad grafik RTX 2080 Ti edisi terhad yang bertemakan Cyberpunk 2077.

Seperti logo Cyberpunk 2077, keseluruhan kad ini berwarna kuning. Tulisan “GEFORCE RTX” di belah tepinya pula memancarkan cahaya berwarna biru terang. Sangat cantik!

Hanya 200 unit dibuat dan pada waktu ini, 77 unit boleh dimenangi melalui penyertaan di media sosial. Ini caranya untuk anda sertai acara tersebut:

  1. Pergi ke laman Twitter, Instagram, atau Facebook GeForce.
  2. Retweet, like, atau komen di post yang mengandungi “#RTXon sweepstakes”.
  3. Dalam komen anda, ikuti langkah yang diberikan dalam post dan tulis sesuatu yang positif untuk seorang rakan gamer. Tag rakan tersebut dan pastikan komen anda mengandungi “#RTXon”.
  4. Ulangi langkah-langkah ini untuk setiap post baru yang berkaitan dengan acara ini.

Acara ini akan berakhir pada 28 Februari 2020.

Kepada anda yang bermain permainan video di PC, ini ialah peluang keemasan untuk menaik taraf komputer anda. Dengan kad grafik yang berkuasa seperti ini, anda mesti boleh main Cyberpunk 2077 pada tetapan tertinggi!

Untuk pengetahuan anda, GeForce RTX 2080 Ti ialah salah satu kad grafik Nvidia yang paling berkuasa. Kad tersebut berharga sekitar RM5,000.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 17 September 2020 untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Sumber: Nvidia

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+