CD Projekt Red Mengacah Sidekick Wanita Dalam Cyberpunk 2077

Selepas sekian lama, akhirnya CD Projekt Red memberikan informasi baru mengenai Cyberpunk 2077.

Di Twitter, satu sesi soal jawab diadakan dan peminat pun ambil peluang keemasan menanyakan soalan-soalan padu.

Soalan pertama ditanya ialah kalau pemain boleh berinteraksi dan lakukan misi bersama pembantu (companion). Dari video awal, pemain diperkenalkan dengan seorang lelaki berbadan tegap dipanggil Jackie. Karakter ini adalah ‘sidekick’ kepada protagonis dan akan membantu mereka dalam situasi tembak-menembak ataupun memberi cadangan ketika berjalan sekitar Night City. Dalam permainan ini, pemain takkan mendapat Jackie versi wanita jika mereka memilih protagonis lelaki tapi CD Projekt Red sahkan yang pembantu lain yang akan menolong pemain ada dalam kalangan wanita.

Ada juga bertanyakan tentang Epic Games Store, pasaran untuk permainan di PC yang diperkenalkan sejak Disember. Ramai pembangun memanfaatkan keuntungan platform ini berbanding Stream dan nampaknya CD Projekt Red tak akan mengikut trend ini sebaliknya mengedarkan Cyberpunk 2077 kepada pemain di PC menerusi platform popular seperti Steam dan GOG.

Tambahan, Cyberpunk 2077 juga tak akan menggunakan transaksi mikro apabila dilancarkan dan akan memberikan 16 jenis DLC setiap minggu secara percuma kepada peminat. Sayang betul mereka kepada komuniti gaming!

Cyberpunk 2077 dijangka akan dilancarkan ke PC, PlayStation 4 dan Xbox One tapi tarikhnya belum diumumkan. 

Sumber: GameRant

RELATED NEWS

+