Harga saham Tencent, Netease jatuh selepas kenyataan media China terhadap permainan atas talian

Selepas sebuah media China, Economic Information Daily, mengkritik permainan video dan menggelarnya sebagai ‘dadah spiritual’, harga saham bagi syarikat permainan video dijual di peringkat global, lapor Reuters. 

Di dalam sebuah artikel, seorang pelajar menyatakan rakan sekelasnya menghabiskan masa lebih 8 jam sehari untuk bermain permainan video. 

Artikel itu juga mengakibatkan pasaran saham syarikat Tencent dan Netease dikatakan jatuh merudum.

Buat masa ini, ramai yang menyuarakan kebimbangan tentang masa yang dihabiskan oleh kanak-kanak memandang skrin dan bagaimana ketagihan bermain permainan video yang semakin meningkat. Langkah pencegahan juga sudah dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan seperti penerbit permainan meletakkan had masa dalam permainan.

Meskipun ada langkah pencegahan dilaksanakan, mereka percaya ianya masih belum mencukupi untuk menghalang ketagihan permainan video. Ramai juga mencadangkan banyak langkah mandatori perlu dilaksanakan secepat mungkin, dan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada syarikat penerbit permainan.

Isu ketagihan permainan video ini semakin hangat diperkatakan diperingkat dunia, kemungkinan akan ada banyak lagi langkah yang akan dilaksanakan demi mencegah masalah ini daripada berlarutan. 

Sumber: GamingOnPhone

RELATED NEWS

+