Chocobo Dalam Misi Terbaru Assassin’s Creed Origins? Betul Ke Ni?

Siapa tak excited kalau 2 francais gergasi berkolaborasi? Assassin’s Creed Origins dan Final Fantasy XV akan crossover dan korang akhirnya boleh saksikan seorang assassin menunggang Chocobo. Pelik tapi menarik!

Ini keterangan daripada Ubisoft:

“Pemain akan meneroka lebih banyak rahsia lama dalam rantau Giza bermula 19 Disember ini. Jika mereka melangkah ke kawasan tertentu, tugasan baru akan muncul. Ikut arahan di skrin untuk memulakan kembara anda.

“Kami takkan memberi spoiler tapi untuk pemain yang menyiapkan tugasan ini akan diberi ganjaran paling tak terikira termasuklah haiwan tunggangan berbulu! Kweh!”

Cara untuk mendapatkan Chocobo ialah memperhatikan misi terbaru di mini map mission korang. Kemudian, pergi ke diamond yang dituju untuk meneroka sebuah makam dari Ardyn (Final Fantasy XV). 

Selepas menyiapkan misi tu, pemain boleh mendapatkan Engine Blade of Noctic, Ziedrich Shield of Gladio dan akhirnya, Chocobo/Camel hybrid mount

Assassin’s Creed Origins boleh dimainkan sekarang di Xbox One, PlayStation 4 dan PC. Jangan lupa untuk menjalankan misi Gift from the Gods ni!

RELATED NEWS

+