Ciku berkongsi tiga hero jungler “meta” ketika ini

Pemain pasukan Todak iaitu Ciku pernah bermain di posisi jungler sebelum ini dan menjadi salah satu pemain yang menggegarkan pentas MPL MY.

Dilabel sebagai salah seorang jungler terbaik Malaysia, Ciku atau nama sebenarnya Muhammad Danial berkongsi tiga hero jungler yang menjadi meta di dalam patch terkini.

AKAI

Selain berupaya untuk farming di dalam jungle dengan sangat pantas, Akai juga berupaya untuk memulakan pertarungan.

“Bagi pendapat saya Akai adalah salah satu hero yang bagus untuk jungler kerana dia ada skill yang boleh melarikan diri serta memulakan pertarungan.

Ultimate yang dimiliki oleh Akai mempunyai banyak fungsi dan boleh juga digunakan untuk lari dan menyelamatkan rakan pasukan,” ujar Ciku.

GUSION

Di dalam kemaskini baru-baru ini, Gusion masih menyerlah walaupun dikenakan nerf oleh Moonton. Kita tidak dapat menafikan burst damage yang dimiliki oleh hero ini di fasa mid dan late game.

“Hero ini menjadi salah satu hero jungler yang paling kuat ketika ini kerana dia mempunyai burst ultimate dan di fasa lategame masih boleh menumbangkan musuh.

“Selain itu, cooldown skill ultimate Gusion ini juga sangat cepat di fasa lategame,” tambah Ciku.

LING

Terkenal dengan mobiliti yang tinggi, Ling sangat lincah di dalam peta dan mudah untuk melakukan ganking ke arah pihak musuh serta mendapatkan objektif.

“Hero seperti Ling juga antara yang terkuat kerana mudah untuk melakukan rotasi dan menumbangkan pihak musuh. 

“Ling juga mampu untuk melakukan split pushing. Memberikan kelebihan kepada pasukan,” akhiri Ciku.

Adakah anda sudah cuba menggunakan ketiga-tiga hero ini? Apakah pandangan anda terhadap tiga hero jungler yang dikongsikan oleh Ciku ini, nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+