Clover jadi ‘anak emas’ EVOS Legends bersebab, kata Zeys

Sepanjang Liga Profesional (MPL) Indonesia musim kesepuluh, Clover sering menjadi bualan hangat kerana dikatakan anak emas. Ini kerana hanya dia seorang yang masih di barisan utama EVOS Legends dan pemain lain diturunkan ke MDL atau tidak bermain.

EVOS Legends kini dipenuhi barisan pemain yang baru dari MDL dan hanya Clover berstatus senior dari juara musim ketujuh.

Namun, ini semua bersebab, kata Zeys. Dalam satu siaran langsung, jurulatih itu mengatakan dia adalah shotcaller pasukan itu.

“Dia memainkan peranan penting di EVOS Legends. Dia adalah ‘shotcaller’ dan juga seorang pemimpin di luar permainan.

“Jika anda menggantikan ‘shotcaller’ dan pemimpin, pastinya pengaruhnya akan jadi besar,” katanya.

Zeys juga mengatakan, walaupun Branz mungkin boleh ‘shotcall’ tapi pasukan ini masih terbiasa dengan pimpinan Clover.

Terdahulu, Sutsujin dan Dreams dari MDL mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bajan dan Ferxiic. Bagaimanapun, prestasi Clover masih konsisten bersama pemain yang lebih junior.

Sumber rujukan: ONE Esports 

RELATED NEWS

+