Lebih 100 pemain PUBG Mobile ditangkap polis ketika tournament LAN

Seramai 108 pemain PUBG Mobile yang ditangkap dan 24 daripada mereka dimasukkan ke penjara di Bangladesh.

Polis membuat serbuan ke acara LAN ini yang dikatakan menggunakan permainan video yang diharamkan di negara itu.

Seramai 78 orang pula masih dalam pengesahan umur samada mereka masih bawah 18 tahun atau tidak.

Mereka yang ditahan akan dikenakan penjara dua hari dan sesiapa yang berusia 18 tahun ke atas akan menerima nasib yang sama.

Semua ini berlaku pada 20 Julai lepas di Chuadanga, Bangladesh menurut Ogro News.

Semua yang menyertai acara itu adalah untuk kejohanan yang diadakan yang mana mereka dijemput secara dalam talian.

Telefon bimbit mereka juga dirampas oleh polis.

PUBG Mobile dan Garena Free Fire diharamkan di Bangladesh pada Ogos tahun lalu dan mahkamah mengatakan permainan ini membawa ketagihan.

Pada asalnya pengharaman ini hanya untuk tiga bulan sahaja tetapi kerajaan Bangladesh meneruskan hal ini kerana Mahkamah Tinggi menolak peraturan yang dikemukakan.

RELATED NEWS

+