CS:GO: Playtonia Conqueror Insignia 2019 Grand Final Di Malaysia – Prize Pool RM289,000

Kejohanan CS:GO bertaraf antarabangsa iaitu Conqueror’s Insignia 2019 akan dianjurkan dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM289,000.!

Ia dianjurkan oleh Playtonia, sebuah firma permainan video dan agensi perkhidmatan.

Lebih menarik, kali ini mereka memilih Counter Strike: Global Offensive yang akan disertai oleh 28 negara dan Grand Final kejohanan tersebut akan diadakan di Malaysia.

Ini adalah negara yang akan terbabit dalam pusingan kelayakan offline: India, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Maldives, Bhutan, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu, Saudi Arabia, Lebanon, Oman, Kuwait, Qatar, Bahrain, Mesir, Jordan, Yaman, Iraq, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar, Laos dan Iran.

Mereka akan dibahagikan kepada tiga rantau menerusi siri kelayakan dalam talian dan kelayakan offline akan dipromosikan di Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu.

Playtonia juga akan menggunakan platform Playtonia dan menawarkan sijil penyertaan serta 3,000 Playtonia Leaves jika mereka berjaya meraih kedudukan 10 teratas. 

Paling menarik, setiap kos perjalanan dan penginapan di Malaysia untuk Grand Finals akan ditanggung oleh Playtonia.

Informasi lanjut boleh didapati dalam pautan di bawah:

https://ci.playtonia.com/launch/tournament-format/

https://liquipedia.net/counterstrike/Conquerors_Insignia/2019

Untuk mendaftar pula di sini: https://beta.playtonia.com/event/139/game_detail/

RELATED NEWS

+