Cyberpunk 2077: Episod ke-4 Night City Wire akan disiarkan pada 16 Oktober

Episod seterusnya siri pembentangan Cyberpunk 2077 Night City Wire akan disiarkan pada 16 Oktober ini. Ini merupakan episod ke-empat Night City Wire dan seperti biasa, ia akan mempertunjukkan maklumat baharu tentang permainan video Cyberpunk 2077.

Menurut akaun rasmi Twitter Cyberpunk 2077, episod kali ini akan memberi fokus terhadap penampilan, bunyi, dan spesifikasi kenderaan dalam permainan tersebut. Ia juga akan mengandungi video baharu yang menunjukkan permainan dan pengumuman-pengumuman lain.

Anda boleh menonton siaran langsung ini di Twitch pada 16 Oktober ini tepat pada waktu 12AM. Anda boleh mengikuti akaun Twitch tersebut untuk mendapatkan pemberitahuan apabila siaran langsung tersebut bermula.

Cyberpunk 2077 ialah sebuah permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka berdasarkan tabletop RPG Cyberpunk. Ia akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 19 November ini. Versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series dirancang untuk dilancarkan pada tahun depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+