Dapatkan Steep, Game Sukan Lasak Musim Sejuk Secara Percuma Di PC

Teringin nak meluncur di Pergunungan Alps? Maka, game ini sangat sesuai untuk korang.

Steep adalah game sukan lasak bertemakan aktiviti musim sejuk dalam persekitaran open-world dibangunkan oleh Ubisoft pada tahun 2016.

Game ini pernah diberikan secara percuma juga untuk pelanggan PS Plus pada tahun lepas dan saya berkesempatan cuba seketika. Korang boleh meluncur salji atau terjun dari puncak gunung sambil memakai pelbagai jenis sut musim sejuk. 

Korang boleh dapatkan Steep percuma untuk versi PC melalui Uplay. Klik di sini untuk muat turun di Uplay.

Sumber: Ubisoft

TAGS

RELATED NEWS

+