Data dari Reddit menunjukkan budaya permainan video toksik semakin berkurangan

Forum permainan video terkenal dengan budaya toksik dan penuh dengan ramai orang yang sentiasa menjadi sangat kompetitif sehingga kurang rasa hormat.

Dari Halo, Battlefield 2042 dan banyak reddit permainan gacha menjadi kurang beradab dan penuh dengan individu yang kita tidak mahu jumpa.

Namun data dari Reddit kini berubah apabila ramai pemain lari dari komuniti toksik dan ke forum yang lebih mesra.

Ramai berpindah ke subreddits yang lebih positif

Menurut Data dari Reddit yang dikumpilkan oleh Rob Gaige, ramai individu menukarkan subreddit mereka ke forum yang lebih banyak menggunakan banyak kata-kata positif sehingga kenaikan sebanyak 126%.

Ramai mahu perubahan

“Ramai mahukan ruang yang positif dan mereka banyak mencari pengalaman bermain permainan video yang penuh nostalgia.

“Ramai sukakan situasi komuniti yang kurang masalah toksik,” menurut Will Cady Direktor Global Karma Lab Reddit.

Ini menunjukkan juga lebih ramai orang kini mahu mengelakkan diri mereka dari toksik.

Malah cara permainan yang santai dan relaks menjadi tumpuan orang ramai.

Adakah anda juga melakukan perkara yang sama?

Rujukan: thedrum

RELATED NEWS

+